Pengenalan

Jurnal Bahasa diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.

Tujuan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik. Pelbagai aspek bidang bahasa seperti peristilahan, perkamusan, tatabahasa, dialektologi, entimologi, ejaan, pangkalan data kebangsaan dan kosa kata dibincangkan dalam jurnal ini. Sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan ahli linguistik, guru bahasa, siswa dan para ilmuwan.

PANDUAN PENGHANTARAN MAKALAH

Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian linguistik terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara tentang bahasa Melayu. Makalah akan melalui proses penilaian, dan hanya yang terpilih akan disiarkan. Bidang linguistik yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Kajian penutur berbahasa Melayu dari luar lingkungan geografi atau kawasan yang menggunakan bahasa Melayu juga digalakkan.

FORMAT JURNAL BAHASA

Maklumat Penyumbang

  • Judul.
  • Nama penuh penyumbang.
  • Alamat penyumbang.
  • Maklumat institusi.
  • E-mel untuk dihubungi

Teks

  • Makalah yang dihantar dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
  • Jumlah perkataan dalam makalah antara 4000-8000 patah perkataan termasuk abstrak, nota hujung, rujukan, lampiran, dan bibliografi.
  • Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
  • Teks makalah menggunakan fon Times New Roman 12 poin dengan langkau 2.
  • Inden setiap perenggan dengan tab.
  • Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum).
  • Bagi makalah yang dihantar menerusi e-mel dan mengandungi simbol fonetik atau ejaan yang dikhuatiri tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan pdfnya.

Abstrak

  • Jumlah perkataan adalah antara 100 – 150 patah perkataan.
  • Abstrak ini mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.
  • Abstrak mesti ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci.

Kata Kunci

  • Tidak lebih daripada 10 patah perkataan

Nota

  • Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota hujung.
  • Kedudukannya di hujung teks sebelum rujukan.

Rujukan

  • Susunan mengikut Gaya Dewan.
  • Rujukan daripada bahan atau sumber rujukan luar negara diutamakan.

Rujukan dalam Teks

  • Susunan mengikut Gaya Dewan.
  • Letakkan nama penulis diikuti tahun dan halaman dan diletakkan dalam kurungan.

Hak Cipta

  • Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
  • Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalahnya yang diterbitkan dalam Jurnal Bahasa perlulah dimaklumkan bahawa sumber makalah tersebut daripada jurnal terbitan DBP.

Hantarkan makalah anda kepada:

Ketua Editor

Padilah Haji Ali

(padilah@dbp.gov.my)

Editor Kanan

Zaiton Abu Samah

(zaiton@dbp.gov.my)

Editor Jurnal Bahasa

Zaiton Darois

(zaiton6@dbp.gov.my)

Editor Dalam Talian

Mohd Syukri Anwar

(syukri@dbp.gov.my)

Semua surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada:

Editor,

Jurnal Bahasa,

Bahagian Majalah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur,

MALAYSIA.

Tel: 603-2148 2254,

603-2148 1011

Fax: 603-2148 4208

E-mel: zaiton6@dbp.gov.my

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: