Penyumbang

Anda mahu menyumbang makalah di Jurnal Bahasa? Sila baca di sini.

Abdullah Yusoff

Ketua di Jabatan Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bharu Kelantan. Kepakaran beliau dalam bidang pendidikan bahasa pelajar pekak. Giat membuat penyelidikan dan menulis dalam bidang pendidikan bahasa kepada pelajar pekak. Beliau pernah bertugas di IDEA Services dan Kimi Ora School, di New Zealand. Beliau juga penasihat pendidikan kepada Persatuan Orang Pekak Kelantan. Beliau banyak menyumbang makalah untuk majalah Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa dan Jendela Timur.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Orang Pekak Sebagai Cacat atau Pengguna Minoriti Bahasa: Perspektif Perubatan dan Linguistik” (Jilid 10, Jun 2010).

Arbak Othman

Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Beliau telah menulis 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik, Tatabahasa dan Teori Linguistik, sebuah kamus ekabahasa Melayu dan sebuah lagi kamus pelbagai bahasa (Melayu, Inggeris dan Cina) terbitan Fajar Bakti, Shah Alam Selangor. Buku terakhir beliau berjudul Semiotik (2009) dan Linguistik dan Leksikografi (2010). Artikel dan rencana yang ditulis berjumlah 156 buah, kebanyakannya tertumpu pada bidang Linguistik dan Tatabahasa, Aplikasi Teori linguistik dalam Pengajaran Bahasa Melayu termasuk Teori Perkamusan. Akhir-akhir ini tumpuan beliau dalam bidang Linguistik-Semiotik, iaitu penelitian bahasa Melayu dalam karya kesusasteraan, teori minimalis dan tatabahasa Melayu.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Metafora Haiwan: Kajian Perbandingan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia” (Jilid 10, Jun 2010).

Che Rabiaah Mohamed

Pensyarah Kanan dalam bidang Sains Kejururawatan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM, Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan. Beliau berpengalaman luas dalam bidang Sains Kejururawatan, dan sedang menyiapkan Ph.D di Victoria University of Wellington, New Zealand.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Orang Pekak Sebagai Cacat atau Pengguna Minoriti Bahasa: Perspektif Perubatan dan Linguistik” (Jilid 10, Jun 2010).

Chong Shin

Pensyarah Kanan dan Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terlibat secara aktif dalam penelitian Dialektologi dan Sosiolinguistik bahasa Melayu, Bidayuhik dan Sino-Tibet di Pulau Borneo, sejak tahun 2000. Tulisan beliau diterbitkan dalam Jurnal Bahasa (Malaysia), Jurnal Bahasa (Brunei), The Sarawak Museum Journal, SEAS Bulletin (Manila) dan sebagainya. Editor buku Bahasa Bidayuhik di Borneo Barat (DBP, 2008), Kelompok Ibanik di Kalimantan Barat (STAIN PRESS, Pontianak, 2007), Bahasa dan Masyarakat Ibanik di Alam Melayu (ATMA, Bangi, 2007), Bahasa di Selat Makassar dan Samudera Pasifik (ATMA, Bangi, 2010) dan sebagainya.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Pengenalan Dialek Melayu Sekadau” (Jilid 10, Jun 2010).

Fazal Mohamed bin Mohamed Sultan

Pensyarah Kanan Program Lingusitik, di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Sintaksis. Aktif membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan bidang pengkhususan beliau dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tesis Doktor Falsafah beliau memenangi Anugerah Tesis Doktor Falsafah Cemerlang Sesi 2004/2005, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian yang sedang ditekuni beliau ialah projek penyelidikan Fundamental tajaan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia dengan tajuk penyelidikan “Pemetaan Dialek Melayu Utara: Suatu Kajian ke atas model Struktur Ayat Tanya” dan projek tajaan UKM bertajuk “Kajian Lingusitik Bahasa Mendriq”.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Sintaksis Frasa Nama Bahasa Kensiu” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Hamidah Abdul Wahab

Pensyarah bahasa dan linguistik Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan pengkhususan dalam bidang Sosiolinguistik. Penulisan beliau bertajuk “Tingkat Kekerabatan Bahasa Bidayuh di Sarawak” telah memenangi Hadiah Karya Kencana 2004, kategori bahasa ilmiah dalam Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau banyak membentangkan kertas kerja dalam bidang pengkhususannya di seminar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau turut aktif menyumbangkan karya dalam penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Jurnal Bahasa, Rampak Serantau dan majalah Dewan Bahasa.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Penggunaan Bahasa dalam Sesi Kaunseling dari Sudut Lakuan Bahasa” (Jilid 10, Jun 2010).

Hasmidar Hassan

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Semantik dan Pragmatik. Pernah membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan bidang pengkhususan beliau di Persidangan Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu II, Institut Pendidikan Nasional, Singapura pada 2002, dan di Seminar Kebangsaan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Pola Ayat Dasar Ke-4 Bahasa Melayu: Pemerian dari Perspektif Pragmatik ” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Hasnah Mohamad

Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Leksikografi dan Terminografi, khususnya Terminografi Melayu. Pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka selama 15 tahun di Bahagian Perkamusan, Sains dan Teknologi, dan Peristilahan sebagai Pegawai Perancang Bahasa. Kini, beliau sedang giat menjalankan penyelidikan tentang penyelarasan dalam peristilahan sains dan teknologi.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Penterjemahan Istilah Biologi: Perbandingan Tiga Dekad” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Hasnida Chekha

Sarjana Mod Campuran Pengajian Bahasa Malaysia di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Kini beliau ialah pensyarah Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Thailand.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Jenis dan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand ” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Hetti Waluati Triana

Pensyarah Kanan di Fakulti Ilmu Budaya-Adab IAIN Imam Bonjol Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Pelajar PhD Program Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, seliaan Prof. Dr. Idris Aman. Bidang Pengkhususan beliau ialah Sosiolinguistik dan Pragmatik. Makalah beliau diterbitkan dalam Jurnal Skolar, Forum Pendidikan, Tabuah, Fikr Wa Adab, Al-Imam, Forum Basandi, dan Wacana.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Kata Ganti Nama dalam Interaksi Sosial: Analisis Sosiopragmatik terhadap Perubahan Perilaku Tutur Etnik Minangkabau Moden” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Hishamudin Isam

Pensyarah Universiti Utara Malaysia. Berminat dalam bidang Semantik dan Budaya Melayu. Beliau kini sedang menyambung pengajian doktor falsafah di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Menifestasi Nilai Setia Berasaskan Teori Hibrid (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Idris Aman

Profesor Madya Program Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketua Penyelidik FGRS. Bidang pengkhususan beliau ialah Analisis Wacana, Sosiolinguistik, dan Metodologi Kajian Linguistik. Makalah beliau diterbitkan dalam jurnal Akademia, Jurnal Bahasa, Jurnal 3L: Language Teaching, Linguistics and Literature, Jurnal Dewan Bahasa dan Gema On-line.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Akomodasi Aksen, Identiti dan Integrasi Kebangsaan” (Jilid 10, Jun 2010),”Kata Ganti Nama dalam Interaksi Sosial: Analisis Sosiopragmatik terhadap Perubahan Perilaku Tutur Etnik Minangkabau Moden” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Imran Ho Abdullah

Profesor Madya di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, dan juga Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) di Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Semantik Kognitif, dan beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang semantik, khususnya semantik kognitif serta kajian metafora, budaya dan kognisi. Beliau juga seorang pembentang kertas kerja seminar yang aktif pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Transformasi Statistik Senarai Kekerapan Kata dalam Kajian Berasaskan Korpus: Manifesto Pilihan Raya 2008” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Kamaruddin Isayah

Pensyarah Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa Thai dan Bahasa Oriental, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Thaksin, Muang Songkhla. Bidang pengkhususan beliau tulisan Jawi, Bahasa Melayu Am untuk Pelajar Thai, Linguistik Am, Tatabahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Penggunaan Sistem Tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu Patani: Pemuliharaan Bahasa Melayu di Selatan Thailand” (Jilid 10, Jun 2010).

Karim Harun

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengkhusus dalam bidang Sejarah Linguistik Melayu dan Psikolinguistik. Artikel ilmiah beliau diterbitkan dalam Jurnal Sari, Jurnal Dewan Bahasa, Jurnal Pengajian Melayu, dan Linguistik Indonesia di samping beberapa buah buku dengan Penerbit UKM.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Pengaruh Tatabahasa Eropah dalam Tatabahasa Melayu Awal (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Marlyna Maros

Marylna Maros
Profesor Madya di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengajar kursus-kursus linguistik untuk Program Pengajian Bahasa Inggeris di PPBL dan juga untuk pelajar TESL di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang penyelidikan beliau ialah Sosiopragmatik, Sosiolinguistik, dan Linguistik dalam Pendidikan.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Dialek Melayu Pekan: Penggunaan dan Pengekalan” (Jilid 10, Jun 2010)”Gaya Lakuan Permohonan dalam Kalangan Pelajar di Malaysia ” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Maslida Yusof

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Semantik dan Pragmatik. Makalah beliau pernah diterbitkan di dalam Jurnal Pengajian Melayu dan buku terbitan Penerbit UKM.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Gaya Lakuan Permohonan dalam Kalangan Pelajar di Malaysia” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Merry Lapasau

Pensyarah Kanan Bahasa Jerman di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Berasal dari Jakarta, Indonesia. Beliau berkelulusan sarjana dalam bidang studi Germanistik, Ilmu Pendidikan dan Linguistik Terapan dari Universiti Siegen, dan Doktor Falsafah dalam bidang studi Linguistik Jerman juga dari Universiti Siegen di Jerman. Bidang penelitian beliau antara lain Penterjemahan Jerman-Indonesia, Linguistik Perbandingan Jerman-Indonesia dan Pengajaran Bahasa Jerman sebagai Bahasa Asing.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Metafora Haiwan: Kajian Perbandingan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia” (Jilid 10, Jun 2010).

Mohammed Azlan Mis

Pensyarah Linguistik dalam Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1998. Bidang dan kepakaran beliau ialah Sosiolinguistik dan Dialektologi. Beliau banyak membentangkan kertas kerja dalam seminar dan persidangan dalam dan luar Negara serta penulisan jurnal dan bab dalam buku. Beliau baru menyiapkan beberapa kajian yang dibuat di sekitar negeri Selangor dan Sarawak yang telah mendapat tajaan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Pilihan Bahasa dan Lingua Franca Suku Kaum di Sarawak” (Jilid 10, Jun 2010).

Mohammad Fadzeli Jaafar

Mohammad Fadzeli Jaafar
Profesor Madya dan pensyarah linguistik Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Stilistik, selain meminati dan menulis makalah dalam beberapa subbidang linguistik yang lain, seperti Pragmatik dan Tatabahasa Fungsian. Antara karya beliau yang pernah diterbitkan ialah Teori Penyelidikan Bahasa (bersama Idris Aman), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kepelbagaian Dimensi Linguistik (bersama Nor Hashimah Jalaluddin dan Harishon Radzi), terbitan Penerbit UKM

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Akomodasi Aksen, Identiti dan Integrasi Kebangsaan” (Jilid 10, Jun 2010) “Gaya Lakuan Permohonan dalam Kalangan Pelajar di Malaysia” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Noriah Mohamed

Profesor Madya dan pensyarah linguistik di Universiti Sains Malaysia. Beliau banyak menulis makalah yang berkaitan dengan sosiolingusitik, linguistik sejarah dan linguistik bandingan. Buku beliau yang bertajuk Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama telah memenangi tempat kedua bagi Anugerah Penerbitan MAPIM – Fuji Xerox 2000.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Jenis dan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand ” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Nor Hashimah Jalaluddin

Profesor Program Linguistik di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Semantik-Pragmatik serta mahir dalam ilmu Leksikografi. Beliau banyak menghasilkan buku berkaitan dengan bidang kepakarannya yang kini menjadi rujukan kepada banyak pihak. Beliau juga seorang penyelidik yang tekun dan disegani di tanah air serta aktif membentangkan kertas kerja dalam seminar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, beliau merupakan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Bahasa Melayu dan Jati Diri dalam Konteks Satu Malaysia: Satu Kupasan Linguistik” (Jilid 10, Jun 2010).

Norsimah Mat Awal

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Semantik-Pragmatik Terjemahan, giat menjalankan penyelidikan dalam bidang kebahasaan termasuk projek Penggunaan Dialek Negeri Sembilan di Kalangan Penuturnya, serta projek Penyelidikan Bahasa Melayu Akademik: Kajian Kes Pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Menifestasi Nilai Setia Berasaskan Teori Hibrid ” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Puteri Roslina Abdul Wahid

Pensyarah dan Ketua Jabatan Penyelidikan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum memegang jawatan sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Linguistik Terapan dan PhD dalam bidang Psikolinguistik. Beliau banyak menyumbangkan makalah yang berkaitan dengan penterjemahan, terminologi, pengajaran dan pembelajaran bahasa, dan psikolinguistik. Buku tulisan beliau tentang psikolinguistik berjudul Bahasa Antara.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Akomodasi dalam Komunikasi Verbal antara Budaya: Masyarakat Melayu-Cina” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Rosniah Mustaffa

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang yang diminati beliau adalah yang berkaitan dengan pengajian bahasa Inggeris serta bahasa dan masyarakat.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Akomodasi Aksen, Identiti dan Integrasi Kebangsaan” (Jilid 10, Jun 2010).

Siti Marina Kamil

Pensyarah bahasa Inggeris di Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan pengkhususan dalam bidang Komunikasi dan Sosiolinguistik. Beliau aktif membentangkan kertas kerja dalam bidang pengkhususannya di seminar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kajian yang sedang ditekuni beliau ialah projek penyelidikan Fundamental tajaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan tajuk penyeldikan “Budaya Benda dan Weltanschauung Melayu Sarawak”.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Penggunaan Bahasa dalam Sesi Kaunseling dari Sudut Lakuan Bahasa” (Jilid 10, Jun 2010).

S. Nathesan

Pensyarah di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang linguistik Melayu daripada Universiti Malaya. Bidang pengkhususan beliau ialah Semantik, Laras Bahasa, dan Etimologi.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Kajian An Abridged Malay-English Dictionary Susunan R.J. Wilkinson dari sudut Etimologi” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

SATO, Hirobumi @ Rahmat

Pensyarah Kanan Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (sejak tahun 1998). Berkelulusan M.A. (1987), Tokyo University of Foreign Studies, dan PhD (1992), Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Pernah berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Lingusitik, Universiti Malaya (1991-98). Bidang kepakaran beliau ialah Tatabahasa Bahasa Melayu, Tatabahasa Bahasa Belanda, dan Fonetik. Karya beliau dalam bidang tersebut diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Kesan Akustik Gugus Vokal dalam Kata Terbitan Berimbuhan {-an} /-an/” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Sahidi A.H.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah Fonetik, Fonologi, dan Sosiofonetik. Makalah beliau pernah diterbitkan dalam Jurnal 3L: Language Teaching, Linguistics and Literature, dan Jurnal Dewan Bahasa.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Alternasi dalam Fonologi Subdialek Kedah Utara” (Jilid 9 Bil. 2, Disember 2009).

Teo Kok Seong

Profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah tamu dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu di Universiti Brunei Darussalam pada 2001, dan di Moscow State University pada 2003. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang Pengajian Melayu jurusan Linguistik dari Universiti Malaya pada 1982, Ijazah Sarjana Persuratan dalam bidang Lingusitik dan Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1986, dan PhD dalam bidang Lingusitik dari University of Carlifornia, Berkeley, Amerika Syarikat pada 1993. Beberapa tulisan beliau diterbitkan di dalam dan luar negara. Antaranya ialah The Peranakan Chinese of Kelantan: A Study of the Culture, Language and Communication of an Assimilated Group in Malaysia, yang diterbitkan di London.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Bahasa Melayu dan Komunikasi dalam Dunia Globalisasi: Persoalan Keupayaan Bahasa Melayu, Keutuhan Jati Diri Bangsa Melayu dan Ketakatan Budaya Melayu ” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Wan Robiah Meor Osman

Pensyarah bahasa dan linguistik Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan pengkhususan dalam bidang Sosiolinguistik. Beliau aktif dalam penulisan dan penerbitan berkaitan bidang bahasa dan linguistik Melayu dan menyumbang karya penyelidikannya untuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Jurnal Bahasa, Rampak Serantau, majalah Dewan Bahasa, dan majalah Peribumi Sarawak. Beliau turut aktif dalam membentangkan kertas kerja dalam bidang pengkhususannya di seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Penggunaan Bahasa dalam Sesi Kaunseling dari Sudut Lakuan Bahasa” (Jilid 10, Jun 2010).

Zaharani Ahmad

Profesor Madya dan pensyarah lingusitik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh ijazah PhD dalam bidang Linguistik dari Essex University, United Kingdom. Beliau telah banyak menghasilkan kajian dan tulisan yang berhubung dengan fonologi dan morfologi bahasa Melayu. Buku terbaharu beliau ialah The Phonology-Morphology Interface in Malay: An Optimality Theoretic Account (2005) yang diterbitkan oleh Pacific Lingusitics, The Australia National Unversity, dan Fonologi Autosegmental: Penerapannya pada Bahasa Melayu (2006) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Senarai Makalah dalam Jurnal Bahasa: “Memasyarakatkan Kajian Morfologi dalam Dunia Melayu” (Jilid 9 Bil. 1, Jun 2009).

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries dan komen feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: